Friday, May 21, 2010

Merentas 1Malaysia Menggunakan Inline Skates

Sekali lagi PPPRSabah berhasrat untuk menganjurkan satu lagi rekod yang bakal disenaraikan ke dalam Malaysia Book Of Records iaitu "Merentas 1Malaysia Menggunakan Inline Skates". Projek kali ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan penaja utama projek ini ialah Skateline Sdn. Bhd. Haluan perjalanan diubah daripada perancangan awal iaitu dengan menggunakan lebuhraya persekutuan dan bukan lebuhraya Utara Selatan Plus. Plus tidak dapat meluluskan permohonan PPPRSabah untuk menggunakan lebuhraya Utara Selatan atas sebab faktor keselamatan. Akhirnya PPPRSabah telah mendapat permit kebenaran daripada Pasukan Trafik Bukit Aman untuk menggunakan lebuhraya persekutuan dari Kangar Perlis dan berakhir di Johor Bahru Johor. Perasmian pelepasan JBSN Perlis dibuat pada 06 Jun 2010 dan dijangka tiba di Johor Bahru Johor pada 13 Jun 2010.
PPPRSabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa projek dan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Di bawah ini ialah jadual dan laluan yang dijangka digunakan untuk projek rekod ini.


TARIKH --NEGERI --MULA --TAMAT --PERSINGGAHAN --JARAK

06 JUN 10 --Perlis --Kangar --Sungai Petani --Alor Setar --100 km

07 JUN 10 --Kedah --Sungai Petani --Kuala Sepetang --Nibung Tebal --100 km

08 JUN 10 --Perak --Kuala Sepetang --Teluk Intan --Pantai Remai --100 km

09 JUN 10 --Perak --Teluk Intan --Jeram --Sitiawan --100 km

10 JUN 10 --Selangor --Jeram --Lukut --Tanjung Karang --100 km

11 JUN 10 --N. Sembilan --Lukut --Merlimau --Telok Datok --100 km

12 JUN 10 --Melaka --Merlimau --Ayer Hitam --Pasir Panjang --100 km

13 JUN 10 --Johor --Ayer Hitam --Johor Bahru --Johor Bahru --100 km

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

PPPRS mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010, semoga ditahun ini kita terus mencipta suatu kelainan dan terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Meski pun menempuh jalan yang berliku, penuh dengan onak dan duri serta pahit lebih banyak dari yang manis. Namun percayalah sekali kita melangkah biar sampai jaya, kerana hanya mereka yang cekal dan tabah dapat meletak mercutanda bangsanya yang berjaya.

Saturday, August 29, 2009

Salam Ramadhan...

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadat puasa
kepada seluruh wagra Malaysia dan ahli PPPRS khususnya.
Semoga di bulan yang mulia ini kita mendapat keberkatan
dan ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah swt.... amin.

Thursday, February 5, 2009

Ekspedisi Mendaki Kinabalu Bil.2 & 3 2009


Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu ini merupakan ekspedisi kedua dan ketiga PPPRS, ianya akan diadakan pada tarikh 14, 15, 16 Mac 2009 bagi pendakian Bil: 2 dan pada 30, 31 Mei dan 01 Jun 2009. Jumlah peserta yang dihadkan hanya kepada 40 orang dan jumlah tersebut akan ditambah dari tahun ke tahun, memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan.
Maklumat Lanjut Klik Sini
Cara Pembayaran dan Borang Penyertaan Klik Sini

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

PPPRS mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2009 kepada seluruh warga Malaysia khususnya ahli-ahli PPPRS. Semoga ditahun baru ini kita sentiasa berusaha untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan diantara kita. Demi sebuah bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah


Selamat menyambut tahun baru 1430 hijrah.
Marilah kita bangkit untuk bersatu dalam menentang musuh-musuh Islam. Jangan biar agama kita dihina dan dipersenda. Kepada umat Islam, marilah kita mulakan tahun baru dengan doa. Semoga kita semua selamat di dunia dan di akhirat.....Amin.

Thursday, December 25, 2008

Selamat Hari Krismas


PPPRS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas
kepada seluruh warga Malaysia khususnya kepada ahli
PPPRS yang menyambut Krismas. Semoga perayaan ini
dapat mengekal dan meningkatkan perpaduan
di negara yang berbilang kaum
seperti Malaysia.