Friday, August 29, 2008

Salam Kemerdekaan Dari Puncak Menara KL


INI ADALAH SEBAHAGIAN BUKTI CINTA KASIH KEPADA BANGSA
SALAM KEMERDEKAAN UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Cabaran Menara KL Berakhir Dengan Jayanya

Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan dan takkan ada lagi yang serupa seperti ini.

PPPRS ucapkan tahniah kepada mereka kerana kejayaan ini adalah sebahagian daripada kejayaan mereka.

Penyerahan sijil Malaysia Book Of Records dilakukan sejurus berakhir projek rekod ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari PPPRS kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Cabaran Untuk Misi Ini Berakhir

Mereka adalah diantara petugas yang akan memastikan bahawa projek rekod ini akan berakhir dengan kejayaan.

Cabaran waktu malam sangat menguji kekuatan mental kerana waktu ini telah melepasi 15 jam berdiri dan masih ada 15 jam seterusnya.

Petugas bertungkus-lumus untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.


Ini adalah berita yang mengembirakan bila masa selama 30 jam yang ditunggu telah berakhir pada hari ini 24 Ogos 2008 jam 3.15 petang.

Cabaran Menara KL Baru Bermula


Puan Sharifah setiausaha PPPRS membuat perbincangan dengan pegawai

keselamatan serta kakitangan Menara Kuala Lumpur

Sejak berada di Kuala Lumpur keadaan cuaca tidak berapa baik dan

sangat membimbangkan


Cabaran baru bermula pada 23 Ogos 2008 jam 7.00 pagi

RTM membuat liputan untuk projek rekod

"Berdiri Di Puncak Menara Tanpa Henti Selama 30 Jam"

Thursday, August 28, 2008

Perjalanan Bermula ke Kuala Lumpur

PPPRS bergambar kenangan sebelum berlepas ke Kuala Lumpur
turut hadir ialah YB Au Kam Wah untuk mengucapkan selamat jalan.



PPPRS berada di Lapangan Terbang Sandakan pada 20 Ogos 2008 untuk ke Kuala Lumpur masa berlepas ialah pada jam 10.25 pagi. Turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat berjaya ialah YB. Au Kam Wah. PPPRS ke sana untuk menyelesaikan projek rekod yang dirancang iaitu "Berdiri Di Puncak Menara Kuala Lumpur Tanpa Henti Selama 30 Jam".




Menara Kuala Lumpur bakal menjadi tempat PPPRS mengukir sejarah.




Bergambar kenangan di pejabat Malaysia Book Of Records

dari kiri Rosle, Sharifah, Datuk Danny ooi, Guswedi, Lawrence dan Harthono


PPPRS menggunakan peluang semasa berada di Kuala Lumpur untuk pergi sendiri ke pejabat Malaysia Book Of Records yang terletak di Menara Uncang Emas.

Membuat sedikit perbincangan untuk diselesaikan pada esok hari

Tuesday, August 19, 2008

Majlis Perkahwinan Cik Santie Villimon

Majlis persandingan dua mempelai

Memutik kemesraan dalam majlis bersuap-suapan

17 Ogos 2008 (Ahad)
Sandakan, Sabah.
Majlis perkahwinan ahli PPPRS Cik Santie Villimon dengan pasangannya Encik Vensaid Gusman Alonto yang diadakan disebuah Hotel terkemuka di bandar Sandakan. Majlis tersebut berlangsung pada 17 Ogos 2008 bersamaan hari ahad, dengan dihadiri oleh saudara mara kedua-dua mempelai juga sahabat handai serta beberapa orang kenamaan antaranya ialah YB. Datuk Haji Zakariah Bin Idris. Turut hadir dan mengucapkan selamat pengantin baru ialah presiden dan setiausaha PPPRS. PPPRS mengucapkan selamat pengantin baru semoga kekal sepanjang hayat.

Sunday, August 17, 2008

Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu Bertolak Hari Ini

Bergambar sebelum bertolak ke Ranau untuk xpdc mendaki Kinabalu

17 Ogos 2008 (Ahad)

Sandakan, Sabah

Peserta ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu yang pertama dari Sandakan bertolak hari ini untuk ke Ranau kerana esok ekspedisi mendaki bermula. Terdapat juga peserta yang bertugas di Kelantan dan juga Johor turut serta dalam ekspedisi ini. Mereka yang bertolak dari Sandakan ini akan bertemu di National Park esok dengan peserta lain yang datang dari Kota Kinabalu. PPPRS mengucapkan selamat mendaki dan menikmati keindahan puncak Gunung Kinabalu serta didoakan selamat pergi dan selamat kembali.

Monday, August 11, 2008

Tajaan Bank Rakyat Cawangan Sandakan

Presiden PPPRS En. Harthono bersalaman dengan
Pengurus Cawangan Bank Rakyat Sandakan En. Mohamad Ali Bin Mohamad Din
11 Ogos 2008 (Isnin)
Sandakan, Sabah.
Presiden PPPRS En. Harthono Isnanthomo menerima tajaan daripada Bank Rakyat Sandakan yang disampaikan oleh Pengurus Cawangan iaitu En. Mohamad Ali B. Mohamad Din. Tajaan tersebut bertujuan untuk menambah dana dalam menjayakan projek rekod "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam" yang akan diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2008 bertempat di jalan Coastel Sandakan. Diharapkan usaha ini dapat meningkatkan nilai patriotik dikalangan warga Malaysia khususnya warga Sandakan sempena bulan kemerdekaan 2008.

Sunday, August 10, 2008

Latihan Ekspedisi Terakhir

Bergambar beramai-ramai sebelum memulakan latihan

10 Ogos 2008 (Ahad)

Sandakan,Sabah.

Kumpulan pendaki gunung Kinabalu yang pertama, mengadakan sessi latihan terakhir pada pukul 4.30 pm bertempat di kompleks sukan Sandakan. Disamping itu taklimat juga diberi untuk mendapatkan gambaran awal perjalanan sepanjang ekspedisi pendakian tersebut. Kumpulan pertama ini sebahagian besarnya bertugas sebagai seorang guru dari SMK Sandakan, SMK Sandakan 2, Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan dan SMK Agama Naim Lilbanat Kelantan.Terdapat juga peserta yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, seorang pelajar serta selebihnya bertugas di sektor swasta. PPPRS sangat percaya bahawa ekspedisi ini dapat menjalin nilai harmoni bagi seluruh warga Malaysia.


Warga Emas Berenang Sejauh 52km

Warga emas berenang sejauh 52km dari Langkawi ke Kuala Perlis
Oleh SYED RIDZUWAN SYED ISMAIL

KANGAR 9 Ogos -

Seorang warga emas berusia 61 tahun mencipta sejarah apabila melakukan renangan solo sejauh 52 kilometer (km) dari jeti Kuah, Pulau Langkawi ke jeti Kuala Perlis dalam masa 15 jam, semalam.
Azizan Ali memulakan renangan dari jeti Kuah pada pukul 5.25 petang semalam sebelum tiba di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, pada pukul 8.20 pagi hari ini.
Beliau yang juga bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, turut berbasikal sejauh 15km dari jeti Kuala Perlis ke kaki Bukit Cenderawasih, melakukan pendakian bukit itu yang mempunyai 1,000 anak tangga dan berlari sejauh lima kilometer ke garisan penamat di Sekolah Kebangsaan Putra di sini.
Azizan berkata, beliau mencipta rekod itu setelah berjaya melakukan renangan sejauh 50km di Sungai Tambun Tulang, Arau sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara, tahun lalu.
‘‘Mulanya rancangan asal saya ialah sasaran berenang sejauh 51km di laut dan larian jarak yang sama di darat iaitu simbolik kepada 51 tahun kemerdekaan negara pada tahun ini.
“Cabaran di laut berjaya ditempuhi iaitu lebih daripada 51km. Bagaimanapun, cabaran di darat terpaksa dipendekkan kepada 23km saja berikutan masalah teknikal,” katanya di sini hari ini.
Menceritakan pengalaman ketika melakukan renangan di laut, Azizan berkata, permukaan laut yang agak beralun dan pergerakan arus bertentangan arah renangan menyukarkannya.
“Saya terpaksa berehat setiap sejam ketika berenang untuk minum kopi panas dan minuman tambahan bagi memastikan badan saya segar sebelum meneruskan renangan.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dapat melalui semua cabaran tanpa sebarang kecederaan kerana apa yang saya lakukan adalah untuk sambutan kemerdekaan kali ini,” jelasnya.
Ditanya rahsia kekal sihat biar pun usia melebihi 60 tahun, beliau berkata, selepas mncipta rekod renangan di Sungai Tambun Tulang, tahun lalu aktiviti kecergasan menjadi amalannya setiap hari.
“Setiap hari saya melakukan senaman atau berenang sekurang-kurangnya dua jam pada waktu pagi dan berjoging pada waktu petang.
“Perancangan masa depan jika dipanjangkan umur, insya-Allah saya akan menakluk Selat Inggeris,'' katanya.

Rakaman Latihan Memalu Kompang Tanpa Henti

Saturday, August 9, 2008

Latihan Dan Taklimat PPPRS Kepada Wakil Kumpulan Kompang

Wakil-wakil daripada kumpulan kompang yang bakal menyertai
"Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam"

Projek rekod ini juga turut disertai daripada kalangan pelajar.

Cabutan undi dibuat untuk menentukan kedudukan kumpulan kompang.

Latihan bersama untuk mencari keserasian pukulan kompang.

09 Ogos 2008 ( Sabtu )

Sandakan, Sabah.

Perjumpaan dibuat oleh PPPRS dengan wakil-wakil kumpulan kompang untuk melakukan latihan bersama didalam mencari keserasian pukulan. PPPRS juga dapat menetapkan kumpulan kompang yang bakal menyertai "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam" yang akan diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2008. PPPRS juga mengambil kesempatan untuk memberi taklimat serba sedikit tentang perjalanan sepanjang projek rekod tersebut.


Sumbangan Ahli Parlimen P. 186

Penyerahan dibuat di Pejabat Ahli Parlimen P. 186
oleh wakil Yang Berhormat dan diterima oleh Presiden
PPPRS serta diperhatikan oleh En. Jainul ahli PPPRS.
08 Ogos 2008 ( Jumaat )
Sandakan, Sabah.


PPPRS menerima sumbangan daripada Datuk Liew Vui Keong JP Ahli Parlimen P. 186 Sandakan. Sumbangan berupa air minuman untuk projek rekod "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam" yang akan diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2008 di jalan Coastal Sandakan. PPPRS mengucapkan ribuan terima kasih.

Sunday, August 3, 2008

"Salam Kemerdekaan"

Kepada seluruh warga Malaysia khususnya kepada ahli PPPRS di seluruh negeri Sabah sempena pada bulan kemerdekaan ini PPPRS mengucapkan "Salam Kemerdekaan". Apa yang menjadi harapan ialah agar pada bulan kemerdekaan ini diharap kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan harmoni antara kaum dapat meningkatkan lagi nilai patriotik dikalangan kita. Semaikanlah rasa cinta kita pada agama, bangsa dan negara Malaysia dengan menjenguk kembali sejarah silam yang telah meletakkan kita pada keselesaan hari ini. Hargai jasa pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjuang ke titisan darah terakhir dan tidak mungkin dapat kita nilai pengorbanan mereka dengan wang ringgit. Untuk kelangsungan nilai kemerdekaan ini ianya sangat menuntut pengorbanan setiap warga di bumi bertuah ini, kerana pengisian untuk sebuah kemerdekaan tidak semudah yang kita sangkakan.
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Petikan hasil nukilan
Tun Dr. M


Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdekaan dan mengisinya
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
Buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan muda kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercutanda
Bangsanya yang berjaya.


Saturday, August 2, 2008

Berdiri Di Menara MPS Sandakan

Berdiri di Menara MPS Sandakan

Bergambar kenangan dengan penyelia bangunan dan pegawai keselamatan


Pemandangan dari atas bangunan Menara MPS

Pusat bandar Sandakan


02 Ogos 2008 ( Sabtu )
Sandakan, Sabah.
Latihan berdiri kali ketiga dan pertama kali untuk di Menara MPS Sandakan. Latihan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Masa yang dicatatkan ialah selama 9 jam berdiri tanpa henti dan ada 21 jam lagi untuk mencukupi sasaran selama 30 jam. Apa yang diharapkan agar latihan-latihan ini dapat merealisasikan impian "Berdiri Di Puncak Menara KL Tanpa Henti Selama 30 Jam" pada 23 dan 24 Ogos 2008 akan datang dengan jayanya. Sehubungan dengan itu diharapkan doa dan restu daripada seluruh warga Sabah khususnya masyarakat Sandakan agar misi ini berjalan seperti apa yang dirancangkan.

Rakaman Latihan Di Menara MPS

Rakaman semasa latihan di Menara MPS