Friday, September 5, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarraq.

“Sabda Rasulullah saw, Akan datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, difardukan oleh Allah kepadamu puasa dalam bulannya, dibuka pintu langit dan dikunci pintu neraka, dirantai akan syaitan. Demi Allah terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.” (Riwayat An-Nasai dan Baihaqi)
PPPRS mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarraq kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada ahli PPPRS. Semoga pada bulan yang mulia ini kita dianugerahi kesihatan yang baik agar kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Bersyukurlah dengan nikmat keamanan, kemakmuran dan keharmonian yang kita miliki di bumi Malaysia bertuah ini serta hargailah ia selagi ia masih ada.

Wednesday, September 3, 2008

Kejayaan "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam"

"Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam" Perasmian penutupannya akan disempurnakan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan En. Yeo Boon Hai, kelihatan beliau ditemani oleh isteri Pn. Rohaya Pawzy dan mereka diapit oleh Presiden PPPRS En. Harthono Isnanthomo dan setiausaha PPPRS Pn. Sharifah Arif.

Ucapan perasmian penutupan oleh Presiden MPS dimana beliau berharap agar program sihat seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.


Sesi gambar beramai-ramai sebagai kenangan untuk semua yang terlibat khususnya para peserta.

Antara ahli jawatankuasa penganjur yang terlibat menjayakan projek rekod "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam" Presiden PPPRS mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada mereka juga kepada yang terlibat secara tidak langsung demi memastikan kejayaan projek rekod ini. Tidak dilupakan juga kepada para penaja serta penyumbang daripada pelbagai pihak bahawa apa yang mereka berikan telah dimenfaatkan sebaiknya oleh PPPRS demi melahirkan lebih ramai warga yang sihat dan memiliki nilai tinggi sayang kepada agama, bangsa dan negara.

Perjalanan "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam"

Raptai untuk semua peserta kumpulan kompang seramai 140 orang.
Diadakan pada 29 Ogos 2008 di Jalan Coastal Sandakan.

Paluan kompang dimulakan pukul 9.30 pagi pada 30 Ogos 2008,kumpulan Nurhidayah daripada Taman Mawar sebagai peserta pembuka tirai "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam".

Semua peserta kompang kekal bertenaga walaupun telah memalu kompang selama 9 jam ditambah dengan kehadiran pengunjung-pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan lakaran sejarah yang bakal dibuat oleh belia-belia Sandakan.

Minit-minit terakhir untuk mencatat rekod memalu tanpa henti selama 30 jam pada 31 Ogos 2008 pada masa kini pukul 3.00 petang dan masa paluan sudah mencecah 29 jam 30 minit. Para peserta dihimpunkan untuk memalu bersama-sama pada 30 minit terakhir.

Monday, September 1, 2008

Tajaan YB. Datuk Zakariah Edris

Presiden dan setiausaha PPPRS bergambar bersama YB. Datuk Zakariah Edris.
29 Ogos 2008 (jumaat)
Sandakan, Sabah.
Presiden PPPRS En. Harthono Isnanthomo serta setiausaha Pn. Sharifah Arif menerima tajaan daripada YB. Datuk Zakariah Edris dipejabat beliau. Encik Harthono berkata tajaan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dalam menjayakan projek rekod "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam" yang akan diadakan pada 30 Ogos 2008. Presiden PPPRS berkata projek rekod ini dapat membantu pihak kerajaan dalam usaha melahirkan warga patriotik yang sayangkan agama,bangsa dan negara.