Saturday, June 21, 2008

Kumpulan Kompang Nurhidayah Menyertai PPPRS.

21 Jun 2008 (Sabtu)
Sandakan, Sabah.
Satu majlis ringkas penyerahan borang keahlian beramai-ramai oleh kumpulan kompang Nurhidayah daripada Taman Mawar Sandakan Sabah. Kumpulan kompang yang mempunyai ahli seramai 18 orang, kini secara rasmi telah menjadi ahli PPPRS. Kumpulan Nurhidayah ini juga menyatakan hasrat untuk menyertai projek rekod PPPRS iaitu "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam", yang akan diadakan pada 30, 31 Ogos 2008 di Bandaraya Alam Semulajadi Sandakan. Menurut En. Harthono "Golongan belia sangat digalakkan untuk menjadi ahli PPPRS memandangkan hampir 70% objektif penubuhan PPPRS adalah disasarkan kepada pembangunan belia" menurut beliau lagi " banyak program yang akan dilaksanakan oleh PPPRS berhasrat untuk meningkatkan nilai jati diri,meningkatkan semangat patriotik dan menyemai bibit sayangkan agama, bangsa dan negara "kata beliau. Kelihatan penyerahan borang keahlian PPPRS oleh ketua kumpulan kompang Nurhidayah En. Marzuki Bin Madharun dan diterima oleh presiden PPPRS En. Harthono Isnanthomo sambil diperhatikan oleh setiausaha PPPRS Pn. Sharifah Arif (gambar atas).

Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan, selepas majlis penyerahan borang keahlian PPPRS oleh kumpulan kompang Nurhidayah.

Monday, June 16, 2008

PPPRS Bersama Ketua-Ketua Kompang

Mesyuarat PPPRS bersama dengan ketua-ketua kumpulan kompang telah diadakan pada 15 Jun 2008 bertempat di ruang tamu Dewan Serbaguna Seri Gomantong bermula pada pukul 2.30 petang. Mesyuarat bersama ketua-ketua kumpulan kompang yang membincangkan tentang projek rekod "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam". PPPRS merakamkan ribuan terima kasih diatas kehadiran dan sokongan daripada mereka.



Menerima Tajaan Daripada Gammerlite

Pada 12 Jun 2008 pihak PPPRS telah menerima tajaan daripada Gammerlite Sdn. Bhd. untuk projek rekod "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam". Pihak persatuan merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja.
Gammerlite Sdn. Bhd.
Blok No. 1, Lot No. 2,
Taman Megah Ph. 1,
Batu 7, Jalan Labuk
Sandakan, Sabah.
Tel : 089 674439

Menerima Tajaan Daripada Life Water K2


Pada 10 Jun 2008 Persatuan menerima tajaan berupa air minuman daripada Life Water Industries Sdn. Bhd. untuk projek rekod "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam". Kelihatan setiausaha PPPRS Pn. Sharifah Arif sedang bersalaman dengan Pn. Chin Lee Ling wakil Life Water Industries Sdn. Bhd. dan kelihatan juga presiden PPPRS En. Harthono Isnanthomo turut sama menyaksikan penyerahan tersebut. Pihak persatuan merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja.

Life Water Industries Sdn. Bhd.

Lot 9,Megah Light Industrial Estate,

Batu 7, Jalan Labuk 90000

Sandakan, Sabah.

Tel : 089 675778