Tuesday, July 22, 2008

Berdiri Di Wisma Persekutuan Sandakan.


En. Harthono memulakan latihan berdiri di Wisma Persekutuan Sandakan.

Pemandangan dari atas bangunan tersebut.

Beberapa orang pembantu yang terlibat dalam latihan ini.

21 Julai 2008 ( Isnin )

Sandakan, Sabah.

Latihan berdiri di bangunan Wisma Persekutuan Sandakan diadakan pada 21 Julai 2008 jam 2.00 petang hingga 7.00 malam. Semasa latihan tersebut hujan telah turun pada lewat petang, tetapi latihan tetap diteruskan. Keadaan angin pada petang tersebut juga bertiup agak kuat dan semua pengalaman ini akan dijadikan sebagai panduan untuk persiapan pada projek rekod di Menara KL nanti.



Sunday, July 20, 2008

Latihan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu

Antara 20 peserta yang menyertai ekspedisi
mendaki Gunung Kinabalu Bil. 1 2008
dari kanan Syafiq, Harthono, Sharifah,
Sheeila, Mogana, Khor Shiau Yen dan Fatihatul.
20 Julai 2008 ( Ahad )
Sandakan, Sabah.
Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah (PPPRS) telah mengadakan latihan di Kopleks Sukan Sandakan dengan antara peserta ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu Bil. 1 2008. Ekspedisi yang diadakan pada 17, 18, dan 19 Ogos 2008 merupakan ekspedisi pertama PPPRS dan dijangka dijadikan aktiviti tahunan persatuan. Latihan bertujuan untuk menguji, menambah dan mengekalkan kekuatan fizikal peserta, agar tidak menghadapi masalah semasa melakukan pendakian nanti. Peserta juga digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa serta menjaga cara pemakanan untuk kesihatan yang berkekalan.

Latihan Berdiri Di Wisma Persekutuan Sandakan

Bangunan Wisma Persekutuan Sandakan

20 Julai 2008 ( Ahad )

Sandakan, Sabah.

Latihan pertama kali berdiri di atas bangunan oleh En. Harthono, tempat untuk latihan tersebut ialah di Wisma Persekutuan Sandakan pada 21 Julai 2008 jam 2.00 petang. Latihan tersebut adalah sebagai persiapan untuk menjayakan projek rekod beliau iaitu "Berdiri Di Puncak Menara KL Selama 30 Jam" sempena bulan kemerdekaan tahun ini. Jangkaan masa untuk latihan tersebut ialah selama 6 jam iaitu dari 2.00 petang hingga 8.00 malam. PPPRS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Gemilang Maintenance Services Sdn. Bhd. selaku penyelia bangunan kerana membenarkan PPPRS menggunakan bangunan tersebut untuk latihan. Kepada masyarakat Sandakan khususnya diharap dapat memberi sokongan moral kepada En. Harthono, serta tidak merasa pelik bila melihat latihan ini.

Saturday, July 19, 2008

Taklimat Pengurusan Pertubuhan Berkualiti.

Pn. Norol Ain Bt. Norhelai pegawai penceramah dari
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah (ROS).

Antara peserta Taklimat yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan termasuklah daripada PPPRS kelihatan dibaris hadapan ialah setiausaha Pn. Sharifah Arif dan bendahari Pn. Sanisah Abdul Rahman.

19 Julai 2008 ( Sabtu )

Sandakan, Sabah.

Taklimat Pengurusan Pertubuhan Berkualiti telah diadakan di Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Sandakan. Taklimat bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi, disampaikan oleh seorang penceramah iaitu Pn. Norol Ain Bt. Norhelai daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah (ROS). Peserta adalah terdiri daripada pemegang-pemegang tiga jawatan penting daripada sebarang pertubuhan atau persatuan yang berdaftar. Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah (PPPRS) turut hadir untuk Taklimat tersebut iaitu Presiden PPPRS En. Harthono Isnanthomo, Setiausaha Pn. Sharifah Arif dan Bendahari PPPRS Pn. Sanisah Abdul Rahman. Taklimat tentang Pengurusan Pertubuhan Yang Berkualiti antara perkara-perkara yang disentuh ialah :

  1. Tanggungjawab Pemegang-Pemegang Jawatan Pertubuhan
  2. Pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan
  3. Pindaan Undang-Undang
  4. Penyata Tahunan

Dipihak persatuan khususnya yang baru ditubuhkan sangat berterima kasih di atas usaha ini, kerana dengan cara ini persatuan berpeluang bersoaljawab akan banyak perkara yang menjadi kemuskilan selama ini. Apa pun diharap usaha-usaha seperti ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang demi menambahbaikan setiap persatuan yang terdapat khususnya di negeri Sabah.

Monday, July 14, 2008

Tajaan Pewaris Gomantong



12 Ogos 2008 ( Sabtu ) Sandakan, Sabah.

Seorang ahli perniagaan dari Pewaris Gomantong iaitu Datuk Pengiran Haji Abdul Rahman Bin Datuk Seri Panglima Pengiran Digadong Haji Muhammad Galpam, turut melibatkan diri sebagai penaja projek rekod Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah (PPPRS). Rekod yang bakal disenaraikan ke dalam Malaysia Book Of Records iaitu "Berdiri Di Puncak Menara KL Tanpa Henti Selama 30 Jam" yang bakal diadakan pada 23 hingga 24 Ogos 2008 bersempena bulan kemerdekaan ini.Presiden PPPRS En. Harthono Isnanthomo merakamkan ribuan terima kasih di atas tajaan dan sokongan berterusan beliau selama ini.

Tuesday, July 8, 2008

Sandakan FM



08.07.2008 (Selasa) Sandakan, Sabah.

Presiden Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah PPPRS En. Harthono Isnanthomo mendapat jemputan untuk sesi rakaman wawancara oleh Sandakan FM. Rakaman wawancara ini akan dimuatkan ke dalam rancangan Personaliti yang akan keudara pada setiap selasa jam 5.25 petang. Wawancara ini dikendalikan oleh seorang pengacara yang tidak asing lagi dan merupakan orang pertama membuat temubual dengan En. Harthono dua tahun yang lalu beliau ialah Pn. Nurkisa Madkassim. Antara soalan-soalan yang diutarakan ialah tentang latarbelakang, bagaimana boleh sampai ke tahap sekarang, pengalaman, prinsip, rancangan masa depan dan harapan.

Sunday, July 6, 2008

Sokongan Pemimpin Untuk Rekod

Presiden PPPRS Harthono Isnanthomo dan Setiausaha Sharifah Arif
bergambar bersama dengan Datuk Bung Moktar Radin Ahli Parlimen P. 187 Kinabatangan
selepas menerima sumbangan.

Presiden PPPRS Harthono Isnanthomo dan Setiausaha Sharifah Arif
bergambar bersama Y.B. Au Kam Wah N. 45 Elopura.

SOKONGAN PEMIMPIN UNTUK REKOD
“MEMALU KOMPANG TANPA HENTI SELAMA 30 JAM”

06 Julai 2008 ( Ahad )
Sandakan, Sabah.

Presiden Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah PPPRS En. Harthono Isnanthomo serta setiausaha PPPRS Pn. Sharifah Arif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Bung Moktar Radin Ahli Parlimen P 187 Kinabatangan juga kepada Y.B. Au Kam Wah N. 45 Elopura.

Kedua-dua pemimpin ini dengan murah hati telah memberikan sumbangan bagi menambah dana agar PPPRS dapat merialisasikan hasrat untuk mencipta rekod yang bakal disenaraikan ke dalam Malaysia Book Of Records iaitu “Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam”.

Projek rekod ini akan disertai sebanyak 20 buah kumpulan kompang yang berasal daripada serata tempat dari daerah Sandakan. Peserta kompang yang sebahagian besarnya daripada kalangan para belia dengan jumlah seramai 360 orang bakal memalu kompang tanpa henti pada bulan kemerdekaan ini. Projek ini juga akan diadakan pada 30 hingga 31 Ogos 2008 dan dicadang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.


PPPRS sebagai penganjur projek ini sangat berharap akan lebih ramai pihak-pihak yang berminat untuk terlibat sebagai penaja atau penyumbang dalam projek ini. Antara objektif projek rekod ini ialah menerapkan nilai jati diri yang tinggi serta meningkatkan semangat patriotik khususnya dikalangan golongan muda. Sebab mereka adalah bakal menjadi pemimpin negara dimasa akan datang maka nilai sayangkan agama,bangsa dan negara perlu dimiliki oleh setiap mereka.


Orang ramai bolehlah mengunjungi laman blog PPPRS iaitu http://ppprsabah.blogspot.com/ untuk mendapatkan sebarang maklumat tentang projek rekod “Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam”.

Tuesday, July 1, 2008

Berdiri Di Puncak Menara KL

Presiden PPPRS (tengah) En. Harthono Isnanthomo
bersalam dengan En. Mohd. Izwan (kiri) dan
Puan Safina Mohd. Ali (kanan) pegawai daripada Menara KL.
01.07.2008 ( isnin )
Kota Kinabalu Sabah

Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah PPPRS yang diwakili sendiri oleh Presiden PPPRS En. Harthono Isnanthomo telah mengadakan pertemuan dan perbincangan ringkas dengan beberapa orang pegawai daripada Menara Kuala Lumpur iaitu En. Mohd Izwan dan Pn. Safina Mohd. Ali yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu Sabah.
Pihak Menara Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan PPPRS sebagai penganjur projek rekod “Berdiri Di Puncak Menara KL Selama 30 Jam” yang akan dilakukan oleh En. Harthono Isnanthomo sendiri dan ini merupakan rekod beliau yang ke empat jika percubaan rekod ini berjaya.
Projek rekod ini yang bakal disenaraikan ke dalam Malaysia Book Of Records akan diadakan pada 23 hingga 24 Ogos 2008 bersempena bulan kemerdekaan pada tahun ini.
PPPRS telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas bagi tujuan perlaksanaan projek rekod ini.
Antara objektif projek rekod ini ialah berusaha menerapkan semangat patriotik dan nilai jati diri yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia dan warga belia khasnya. Projek rekod ini juga ingin membawa rakyat Malaysia agar mengamalkan amalan hidup sihat agar menjadi rakyat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang diiringi dengan slogan keramat “Malaysia Boleh”.
Kepada pihak-pihak yang berminat untuk turut serta menjayakan projek rekod ini bolehlah mengunjungi blog PPPRS http://ppprsabah.blogspot.com untuk maklumat lanjut.