Wednesday, September 3, 2008

Kejayaan "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam"

"Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam" Perasmian penutupannya akan disempurnakan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan En. Yeo Boon Hai, kelihatan beliau ditemani oleh isteri Pn. Rohaya Pawzy dan mereka diapit oleh Presiden PPPRS En. Harthono Isnanthomo dan setiausaha PPPRS Pn. Sharifah Arif.

Ucapan perasmian penutupan oleh Presiden MPS dimana beliau berharap agar program sihat seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.


Sesi gambar beramai-ramai sebagai kenangan untuk semua yang terlibat khususnya para peserta.

Antara ahli jawatankuasa penganjur yang terlibat menjayakan projek rekod "Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam" Presiden PPPRS mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada mereka juga kepada yang terlibat secara tidak langsung demi memastikan kejayaan projek rekod ini. Tidak dilupakan juga kepada para penaja serta penyumbang daripada pelbagai pihak bahawa apa yang mereka berikan telah dimenfaatkan sebaiknya oleh PPPRS demi melahirkan lebih ramai warga yang sihat dan memiliki nilai tinggi sayang kepada agama, bangsa dan negara.

1 comment:

Anonymous said...

Saya mempunyai beberapa persoalan yang diharap dapat dijawab oleh pihak berkenaan.

1. Adakah Peserta yang terlibat akan mendapat sijil penghargaan?

2. Apakah signifikannya rekod hanya terhad kepada lingkungan negeri Sabah sahaja?

3. Adakah pengiktirafan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pengiraan yang adil bersandarkan kepada rekod yang sedia ada?

4. Bagaimana sesuatu rekod itu di ukur secara kualitatif dan empirikal?

5. Adakah persatuan ini mempunyai jaringan dengan penganjur Malaysia Book Of Record?

6. Bagaimanakah sesebuah rekod itu di dokumentasi? adakah melalui penerbitan buku khas atau sekadar disimpan didalam fail

Terima kasih