Tuesday, July 1, 2008

Berdiri Di Puncak Menara KL

Presiden PPPRS (tengah) En. Harthono Isnanthomo
bersalam dengan En. Mohd. Izwan (kiri) dan
Puan Safina Mohd. Ali (kanan) pegawai daripada Menara KL.
01.07.2008 ( isnin )
Kota Kinabalu Sabah

Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah PPPRS yang diwakili sendiri oleh Presiden PPPRS En. Harthono Isnanthomo telah mengadakan pertemuan dan perbincangan ringkas dengan beberapa orang pegawai daripada Menara Kuala Lumpur iaitu En. Mohd Izwan dan Pn. Safina Mohd. Ali yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu Sabah.
Pihak Menara Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan PPPRS sebagai penganjur projek rekod “Berdiri Di Puncak Menara KL Selama 30 Jam” yang akan dilakukan oleh En. Harthono Isnanthomo sendiri dan ini merupakan rekod beliau yang ke empat jika percubaan rekod ini berjaya.
Projek rekod ini yang bakal disenaraikan ke dalam Malaysia Book Of Records akan diadakan pada 23 hingga 24 Ogos 2008 bersempena bulan kemerdekaan pada tahun ini.
PPPRS telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas bagi tujuan perlaksanaan projek rekod ini.
Antara objektif projek rekod ini ialah berusaha menerapkan semangat patriotik dan nilai jati diri yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia dan warga belia khasnya. Projek rekod ini juga ingin membawa rakyat Malaysia agar mengamalkan amalan hidup sihat agar menjadi rakyat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang diiringi dengan slogan keramat “Malaysia Boleh”.
Kepada pihak-pihak yang berminat untuk turut serta menjayakan projek rekod ini bolehlah mengunjungi blog PPPRS http://ppprsabah.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

No comments: