Sunday, July 6, 2008

Sokongan Pemimpin Untuk Rekod

Presiden PPPRS Harthono Isnanthomo dan Setiausaha Sharifah Arif
bergambar bersama dengan Datuk Bung Moktar Radin Ahli Parlimen P. 187 Kinabatangan
selepas menerima sumbangan.

Presiden PPPRS Harthono Isnanthomo dan Setiausaha Sharifah Arif
bergambar bersama Y.B. Au Kam Wah N. 45 Elopura.

SOKONGAN PEMIMPIN UNTUK REKOD
“MEMALU KOMPANG TANPA HENTI SELAMA 30 JAM”

06 Julai 2008 ( Ahad )
Sandakan, Sabah.

Presiden Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah PPPRS En. Harthono Isnanthomo serta setiausaha PPPRS Pn. Sharifah Arif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Bung Moktar Radin Ahli Parlimen P 187 Kinabatangan juga kepada Y.B. Au Kam Wah N. 45 Elopura.

Kedua-dua pemimpin ini dengan murah hati telah memberikan sumbangan bagi menambah dana agar PPPRS dapat merialisasikan hasrat untuk mencipta rekod yang bakal disenaraikan ke dalam Malaysia Book Of Records iaitu “Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam”.

Projek rekod ini akan disertai sebanyak 20 buah kumpulan kompang yang berasal daripada serata tempat dari daerah Sandakan. Peserta kompang yang sebahagian besarnya daripada kalangan para belia dengan jumlah seramai 360 orang bakal memalu kompang tanpa henti pada bulan kemerdekaan ini. Projek ini juga akan diadakan pada 30 hingga 31 Ogos 2008 dan dicadang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.


PPPRS sebagai penganjur projek ini sangat berharap akan lebih ramai pihak-pihak yang berminat untuk terlibat sebagai penaja atau penyumbang dalam projek ini. Antara objektif projek rekod ini ialah menerapkan nilai jati diri yang tinggi serta meningkatkan semangat patriotik khususnya dikalangan golongan muda. Sebab mereka adalah bakal menjadi pemimpin negara dimasa akan datang maka nilai sayangkan agama,bangsa dan negara perlu dimiliki oleh setiap mereka.


Orang ramai bolehlah mengunjungi laman blog PPPRS iaitu http://ppprsabah.blogspot.com/ untuk mendapatkan sebarang maklumat tentang projek rekod “Memalu Kompang Tanpa Henti Selama 30 Jam”.

No comments: